Play Audio :

Janin [2018] (Film Horor Malaysia) HD REMASTERED


Upload : 24 Jun 2018
Channel  : Johnjenin2020 TV
Duration : 1.17.17
155.054   503   56


Filem Janin (2010) mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera, isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian ngeri telah berlaku. Orang-orang kampung telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera..

#filmhorormalaysia

Comments

Download Links