Play Audio :

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP TUN DR MAHATHIR


Upload : 10 Jan 2019
Channel  : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Duration : 2.29
401.546   4586   200


SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP TUN DR MAHATHIR

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini (10 Januari).

Ia merupakan kunjungan rasmi pertama Dr Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri pada Mei tahun lalu.

Beliau tiba di perkarangan Istana Bukit Serene kira-kira jam 4.00 petang dan disambut oleh Tuanku Sultan Ibrahim serta DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani.

Tuanku Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih satu jam bersama Dr Mahathir membincangkan pelbagai perkara sebelum diraikan dalam satu majlis santapan ringkas.

Selesai pertemuan itu, Baginda turut berkenan menghantar Dr Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menaiki sebuah Proton Saga edisi pertama yang dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1985.


~

SULTAN IBRAHIM GRANTS AUDIENCE TO TUN DR MAHATHIR

HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, granted an audience to Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad at Istana Bukit Serene, Johor Bahru, today (10 January).

This is Dr Mahathir’s first official meeting with His Majesty since his appointment as Prime Minister last May.

The Prime Minister arrived at Istana Bukit Serene at approximately 4 pm and was warmly welcomed by Tuanku Sultan and Her Majesty The Permaisuri of Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Also in attendance were Johor Menteri Besar, Dato’ Osman Sapian and Johor State Secretary, Dato’ Azmi Rohani.

The four-eyed meeting between His Majesty and Tun Dr Mahathir lasted over an hour before they adjourned for a tea reception.

Later, in a surprise move, Tuanku Sultan graciously offered to drive Dr Mahathir to the Senai Airport in a first edition Proton Saga, gifted to Almarhum Sultan Iskandar in 1985, which is still in prime condition.

Comments

Download Links