KUALA LUMPUR - Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpendirian hukuman penjara 1 hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dikenakan ke atas empat belas orang daripada 11 individu yang ditahan kerana dikatakan terlibat dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri di sekitar Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 lalu menunjukkan janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA hanya retorik semata-mata.ika benar semua pihak menurut dan akur dengan iltizam Perdana Menteri, sudah tentu pertuduhan itu sudah ditarik balik lebih awal lagi,” kata Ketua Unit Tindakan Undang-undang Jenayah JUHAM, Azizzul Shariman.
Beliau menjelaskan, walaupun mahkamah memutuskan kesemua yang ditangkap bersalah, JUHAM yakin keterangan menunjukkan sebaliknya iaitu apa yang berlaku adalah satu luahan rasa rakyat terhadap kezaliman ISA yang juga dijamin di dalam perlembagaan.
“JUHAM melihat hukuman itu jelas membuktikan kerajaan telah membuat suatu penipuan besar kepada seluruh rakyat Malaysia tatkala Perdana Menteri pada malam Hari Malaysia tahun lalu mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.”
Katanya lagi, tindakan Kerajaan Barisan Nasional mendakwa kesemua yang ditangkap dari awal lagi merupakan suatu langkah ke belakang tatkala majoriti daripada rakyat Malaysia mahukan ISA dimansuhkan sepenuhnya.
“Walaupun kita akur dengan keputusan itu, JUHAM akan meneruskan perjuangan membebaskan kesemua yang ditangkap di peringkat rayuan dan yakin bahawa rayuan ini mempunyai merit yang sangat kuat di mana JUHAM akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Seksyen tersebut ke Mahkamah Tinggi.”
Beliau yang mengetuai 10 orang barisan peguam JUHAM yang mewakili 11 orang daripada keseluruhan yang ditangkap berhujah di mahkamah semalam bahawa mahkamah seharusnya mengambil kira keputusan kerajaan yang berhasrat memansuhkan ISA dan meminda Akta Polis sebelum menjatuhkan hukuman terhadap semua yang ditangkap.
