Anda di sini: Berita Zon > Tengah > Pelancaran slogan "Selangorku": 40,000 kupon percuma diedar

Pelancaran slogan "Selangorku": 40,000 kupon percuma diedar

Share

SHAH ALAM - Rakyat Selangor dijemput ke majlis pelancaran slogan baharu Selangorku pada Ahad 24 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Slogan Selangorku ini adalah kesinambungan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri untuk Rakyat" yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008.

Menurut Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman di gerai-gerai yang disediakan.

Tambahnya, slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama-sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggung jawab, di samping dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kepada negeri ini.

Slogan ini juga akan digunapakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya. Bersempena dengan pelancaran pada Ahad ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma kepada pengunjung seperti pertandingan futsal, pocket bike, pony ride dan gerai-gerai jualan.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook